Thursday, April 22, 2010


Ya Allah dengan berkat NabiMu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersamaMu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu
Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.

Amin Ya Rabb...

zakariya ridzwan

mencari ketenangan jiwa...


Ketenangan jiwa merupakan sumber penting dalam menentukan kehidupan manusia. Apa yang dimaksudkan dengan jiwa itu adalah qalb (hati) menurut istilah agama. Apakah pula yang dimaksudkan dengan jiwa (hati) yang tenang, muthmainnah itu?

Fakhrur Razy, ahli tafsir tersohor pernah menghuraikan dalam Tafsir Kabir, bahawa jiwa (hati) manusia itu memang hanya satu, tetapi sifat-sifatnya banyak dan bermacam-macam. Apabila hati itu lebih condong kepada nilai-nilai Ketuhanan dan mengikuti petunjuk-petunjuk Ilahi, maka ia bernama nafsu muthmainnah, jiwa yang tenang dan tenteram. Jika ia condong kepada hawa nafsu dan marah maka ia dinamakan ammarah bissui, iaitu hati yang dipenuhi oleh kejahatan. (Tafsir Ar-Razi)

Di kalangan beberapa ulama merumuskan bahawa jiwa yang muthmainnah (tenang) itu ialah jiwa yang disinari oleh akal dan rasional. Jiwa yang tenang itu tumbuh kerana kemampuan menempatkan sesuatu kepada tempat yang sewajarnya, dan senantiasa meletakkannya di atas dasar iman. Dengan dasar iman, maka manusia akan menerima segala sesuatu yang dihadapinya, baik senang mahupun susah, baik menang mahu pun kalah dan lain-lain dengan perasaan reda.

Sekiranya seseorang manusia itu mendapat nikmat, berhasil, dan mencapai kejayaan, dia tidak melonjak-lonjak kerana kegirangan. Sebaliknya, jika mengalami bencana, muflis, kalah dalam perjuangan dan lain-lain, dia tidak berdukacita, apalagi berputus asa.

Dalam situasi lain, mereka yang bersifat ‘muthmainnah’ ini, dapat menguasai diri dalam keadaan apa sekali pun, berfikiran rasional, mampu menciptakan keseimbangan dalam dirinya, hatinya tetap tenang dan tenteram.

Jiwa yang tenang itu sentiasa berasa reda menghadapi apa jua keadaan, juga sentiasa mendapat keredaan Ilahi, seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang tenteram! Kembalilah kepada Tuhanmu, merasa senang (kepada Allah) dan Allah senang pula kepadanya. Masuklah dan berkumpul bersama-sama hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (al-Fajr: 27-28)

Menurut al-Quran, jiwa yang tenang disaluti dengan memiliki keyakinan yang tidak goyah terhadap kebenaran, seperti yang terkandung di dalam surah an-Nahl ayat 16. Ia juga memiliki rasa aman, bebas daripada rasa takut dan sedih di dunia dan akhirat kelak serta memiliki hati yang tenteram kerana selalu mengingati Allah. Apabila ini terjadi, pada hakikatnya seseorang itu telah mencapai kemuncak kebahagiaannya.

Dalam setiap perjuangan, bahkan peperangan, diperlukan ketenangan jiwa itu. Ketenteraman hati dalam menghadapi puncak-puncak perjuangan dapat dicapai dengan selalu ingat kepada Allah (zikrullah). Malah dengan zikrullah itu akan meningkatkan semangat juang, malah ia akan menghalau semangat putus asa yang menjadi musuh dalam selimut bagi diri manusia serta meningkatkan daya tahan sehingga pantang berundur atau menghindar menjadi pembelot dalam pertempuran.

Mengimbas kembali peperangan Badar, di mana kekuatan pasukan kaum musyrikin tiga kali ganda daripada kaum Muslimin, dengan persenjataan yang lebih lengkap, maka dengan mengingati kepada Allah (zikrullah) itulah yang melahirkan ketenangan dan kekuatan jiwa pasukan Islam.

Pada saat itu Rasulullah s.a.w memohonkan doa, yang bermaksud: “Ya Allah, bala tentera Quraisy yang lengkap dan teguh datang menyerbu untuk mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah! Berikanlah pertolongan yang telah Engkau janjikan. Ya Allah! Kalau tidak Engkau hancurkan kekuatan musuh itu, maka sesudah ini tidak ada orang lagi yang akan menyembah Engkau.”

Doa Rasulullah itu yang berlandaskan zikrullah, pada saat-saat yang genting itu, diperkenankan Allah, sehingga akhirnya pasukan musuh yang kuat itu mengalami porak-peranda dan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin. Allah s.w.t mengirimkan bala bantuan 1000 malaikat yang menghancurkan barisan musuh sebagaimana yang tergambar di dalam al-Quran, yang bermaksud: “Ketika kamu memohonkan pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya, dengan frman-Nya: ‘Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan seribu malaikat yang berbaris dan teratur. Tuhan melakukan semua itu sebagai berita gembira dan supaya hatimu tenteram. Dan pertolongan itu hanya datang dari sisi Allah’.” (al-Anfal: 10)

Justeru, mengingati Allah dalam setiap detik dan ketika, juga dalam mengharungi perjuangan hidup yang serba berkemungkinan ini, berupaya menjadikan kita sebagai Muslim yang teguh jati diri dan mulia pula di sisi Allah s.w.t.

Dengan memperoleh ketenangan jiwa dalam menjalani liku-liku kehidupan, insya-Allah segala yang cabaran dan dugaan yang mendatang akan dapat kita terima dengan rasa reda dan mengakui akan kebesaran Allah, pencipta sekalian alam.


sekian.
zakariya ridzwan

Saturday, April 3, 2010




Yang amat pahit dalam hidupku ini sebuah kisah yang terjadi.Dan kini terbayang siapa lawan, siapa kawan di saat aku memerlukan. Mujurlah seorang insan yang kutemukan mengerti apa yang ku alami.Kalau dahulu semua indah mekar tetapi kini semua hambar. Sungguhku membencimu di atas perbuatan yang benar melukakan perasaan.Saat engkau jatuh dahulu akulah insan yang membantumu. Sebaliknya pula yang terjadi padaku kau hanya diam membisu dan berlalu dariku. Tahulah aku sekuat mana perhubunganmu. Kau biarkan ku berdarah sedikit pun kau tak kisah. Kau memandang aku bagaikan sampah. Apakah kau terlupa satu kisah dulu kala. Cahaya yang kau miliki aku yang beri dari hati yang tulus. Ada baiknya ku ini bersendiri . Tanpa percaya sesiapa lagi . Sejarah kisah lama membuatku berhati . Agar diri tidak tertipu lagi . Paling penting ku percaya diri sendiri.

Friday, April 2, 2010


Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diriku disimbah hinaan
Tergamamku seketika
Tak sangka ini jadinya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malukan
Malam ini janggal kurasakan
Sendiri lalui
Detik yang sepi
Pedih sekali
Pertama kali bagiku
Hitung bintang sorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah diri dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semuanya indah semua
Pernah juga kau menangis
Bila aku mendugamu
Kuatnya kasihmu pada aku
Diketika itu
Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasihmu berpaling
Yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasamu yang tak sepatutnya
Engkau ucapkan

Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah Ada penyebabnya

Sunday, March 14, 2010

Cuaca panas dan air batu...

Cuaca panas terus menerus menggigit kulit dan deria kita seharian. Nak tak nak kita terpaksa untuk terus lalui aktiviti harian. Mana ade kawasan di malaysia yang tak terkena panahan matahari langsung... Jadi kebiasaannya manusia apabila panas akan terus cari minuman sejuk yang berais... Sebenarnya perkara itu tidak sihat untuk kita.. Memang dahaga akan hilang.. namun yang akan tiba selepas itu adalah kesakitan dan keperitan kerongkong.. yang lama kelamaan akan menjadi batuk.. Z bercerita ni sebab dah jadi pada diri sendiri... Hari ni da masuk hari ke4 z demam, batuk dan hilang suara keseluruhannya. Tone suara pun dah tak macam dulu... Lebih baik diam gamaknya... Macamanpun kawan-kawan, kalau boleh jangan lah ambil minuman berais ketika cuaca betul2 panas...
Jaga diri kita bersama..

Wednesday, March 10, 2010

Transformasi...





































Air Dan Kehidupan..


MENGANTUKNYA!
Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam tidur nyenyak.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua.
Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat.
Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif.
Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air.
Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air.
Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah.
Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.Kesan kekurangan cecair.Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
-Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
-Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah-Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
-Tekanan darah menurun
-Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
-Lesu pada waktu siang
-Sakit belakang
-Dehidrasi
-Sakit kepala
-Memperlahankan kadar metabolisma
-Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
-Sendi dan otot mengalami kekeringan
-Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
-Meningkatkan keinginan untuk makan
-Darah menjadi pekat
-Mudah keliru.
-Degupan jantung meningkat
-Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Jadi kawan-kawan, sekarang kita ketahui betapa pentingnya untuk minum air masak. sama-samalah kita menjaga kesihatan sebagai tanda kita bersyukur pada Allah yang menjadikan kita sebagai sebaik-baik kejadian. terima kasih.