Sememangnya kini cuaca agak panas jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Namun bagaimanapun aktiviti rutin tetap perlu diteruskan seperti biasa. Bukan nak menyeksa diri, tapi dah tanggungjawab. Kasihan bila melihat pelaJar-palajar sekolah rendah ketika berlatih sukan ditengah padang. Jika guru-guru yang metabolismenya tinggi itupun tidak cukup tahan kepanasan, apatah lagi anak-anak kecil ini. Namun dalam jerih kepanasan mentari tersebut, masih boleh membuat kita tersenyum pabila menatap riak comel pelajar-pelajar. Tambahan pula dengan gelagat masing-masing yang keanak-anakan. Bagaimanapun, biarlah mereka lalui hidup ini seadanya agar mereka tahu yang hidup ini bukan selalunya indah. kerana dimana ada kesakitan, disitulah terletaknya kenikmatan...
moga pelajar-pelajar menjadi insan yang soleh dan musleh disuatu masa nanti..Amin
Sunday, March 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment